Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diiringi anakanda mendengar khutbah selepas selesai menunaikan Solat Sunat Aidilfitri bersama rakyat di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini, hari ini

KUANTAN – Lebih 3,000 jemaah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Sultan Ahmad 1, di sini hari ini.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menunaikan solat diiringi Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah

Baginda berdua turut diiringi anakanda memakai pakaian sedondon berwarna biru muda.

Solat diimamkan oleh Imam 1 Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Muhammad Izzan Idris jam 8.45 pagi.

Manakala khutbah dibacakan oleh Mufti Pahang, Datuk Profesor Dr. Asmadi Mohamed.

Selepas selesai solat, tuanku berkenan menyantuni jemaah dan bersalam-salaman bersama rakyat serta berswafoto di perkarangan masjid. – MalaysiaGazete

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here