Gambar hiasan polis.

KUALA LUMPUR – Anggota tentera yang dipercayai menumbuk seorang wanita di Persiaran Senawang 4, Seremban dekat Taipan, di sini, malam kelmarin dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din yang mengesahkan perkara itu berkata, siasatan kes berkenaan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

“Suspek yang terbabit dalam kejadian pada malam kelmarin sudah dibebaskan dengan jaminan polis, semalam selepas selesai diambil keterangan.

“Bukit Aman mengambil alih siasatan kes ini kerana suspek adalah penjawat awam,” katanya hari ini.

Media sebelum ini melaporkan tular satu klip memaparkan seorang pemandu kereta wanita ditumbuk seorang lelaki dekat Taipan Senawang.

Kejadian dipercayai berpunca selepas lelaki berkenaan bengang kerana mendakwa anaknya dilanggar pemandu kereta jenis Perodua Axia berkenaan ketika melintas jalan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here