KUALA LUMPUR – Serangan tidak berperikemanusiaan Israel terhadap Palestin ketika umat Islam menyambut Aidilfitri menjadi antara topik perbincangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyib Erdogan.

Kata Anwar, perkara itu dibangkitkan dalam panggilan telefon antara beliau dan sahabat baiknya pada petang semalam.

“Serangan sejak 18 Mac lalu telah membatalkan perjanjian gencatan senjata dan menggagalkan usaha damai yang sedang dirancang.

“Saya menegaskan keperluan segera untuk mempertimbangkan rencana-rencana lain bagi menghentikan keganasan ini. Alhamdulillah, Erdogan mengulangi pendirian tegas untuk terus bersolidariti bersama-sama saudara kita di Palestin,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Sementara itu, Anwar turut menyuarakan penghargaan mengenai perkembangan hubungan dua hala antara kedua-dua negara yang semakin kukuh susulan kunjungan Erdogan ke Malaysia sebelum ini.

“Dalam perbualan ini, saya turut menerima jemputan daripada Erdoğan untuk berkunjung ke Turkiye.

“Semoga persahabatan erat antara kedua-dua pemimpin negara yang kian mekar saat ini terus utuh dan membawa manfaat buat rakyat kedua-dua negara, insya-Allah,” tambahnya.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyampaikan ucapan salam Aidilfitri kepada Erdoğan dan keluarganya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here