M. Kumar

JOHOR BAHRU – Johor merekodkan 239 kemalangan jalan raya melibatkan dua kes kemalangan maut dengan empat kematian dalam tempoh 24 jam, semalam.

Ketua Polis Johor Datuk M Kumar berkata, angka berkenaan adalah tinggi bagi statistik harian apatah lagi ia berlaku ketika menjelang Aidilfitri.

“Orang ramai diminta mengamalkan sikap bersabar dan sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya supaya kita sama-sama dapat mengelakkan situasi yang tidak diingini berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra Ketua Polis Johor bersama Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Berhubung aliran kemasukan trafik di Johor, Kumar berkata kira-kira 30,000 kenderaan luar telah memasuki negeri ini semalam, termasuk menerusi Tambak Johor dan Linkedua.

“Setakat ini tiada kesesakan teruk berlaku, mungkin semalam ada sedikit tetapi pagi ini aliran trafik di seluruh negeri kembali lancar,” katanya sambil menambah seramai 4,000 pegawai dan anggota bertugas sempena Aidilfitri ini, termasuk 1,998 daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT).

Pada Jumaat lepas, Kumar dilapor berkata kira-kira dua juta kenderaan luar dijangka memasuki Johor dan bilangan itu menyaksikan peningkatan hingga tiga kali ganda berbanding hari-hari biasa. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here