IPOH – Seorang kanak-kanak maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta di Kilometer 264. 7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala ke selatan di Terowong Menora petang semalam.
Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh (BPP) dalam laman Facebooknya memaklumkan kemalangan itu turut menyebabkan seorang wanita dan lelaki cedera parah.
“Pos kawalan Menora menerima panggilan kecemasan pada 6.45 petang.
“Seorang kanak-kanak didapati meninggal dunia di tempat kejadian,” menurut kenyataan itu.
Mangsa yang parah diberi rawatan awal oleh unit EMRS dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk rawatan lanjut.
Terdahulu, video nahas berkenaan tular di media sosial. – BERNAMA