Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain melahirkan penghargaan kepada anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertugas semasa perayaan Aidilfitri.

Menurut beliau, mereka merupakan barisan hadapan dalam memastikan keselamatan serta keamanan negara.

Ujar beliau, komitmen dan dedikasi mereka, terutama yang menjaga sempadan dan kawalan trafik, amat dihargai kerana memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

“Saya amat memahami bahawa tugas dan tanggungjawab yang dipikul oleh anda semua bukanlah mudah, lebih-lebih lagi ketika masyarakat bergembira menyambut lebaran bersama keluarga tersayang.

“Anda adalah barisan hadapan yang menjadi benteng kepada keselamatan dan keamanan tanah air,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam masa sama, beliau turut melahirkan penghargaan kepada semua petugas PDRM atas pengorbanan terpaksa berjauhan dengan keluarga demi menjalankan amanah.

Tambahnya, sumbangan dan usaha mereka itu tidak akan pernah dilupakan.

“Semoga ALLAH SWT sentiasa melindungi anda dalam menjalankan tugas dan memberikan kekuatan serta ketabahan kepada anda semua.

“Kepada keluarga anggota yang berjauhan, saya juga mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan pengorbanan mereka,” katanya.

Dalam masa sama, Razarudin turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga PDRM serta umat Islam di negara ini.

“Saya mendoakan agar kita semua dikurniakan kesihatan dan keselamatan dalam menjalankan amanah ini.

“Semoga Syawal ini membawa keberkatan dan kegembiraan kepada kita semua, walaupun dalam keterbatasan tugas,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. tq,Selamat menyambut hari yg berbahagia ini Salam aidilfitri maaf zahir Dan batin Dari saya….

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here