Pasukan penyelamat China & Ramunion menarik wanita hamil di bawah runtuhan di Mandalay, Myanmar. Mac 31, 2025 (foto Myo Kyaw Soe/Xinhua)

MANDALAY, Myanmar – Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara Myanmar Jeneral Kanan Min Aung Hlaing pada Isnin mengumumkan tempoh berkabung selama seminggu susulan gempa bumi bermagnitud 7.9 yang melanda negara itu pada 28 Mac, lapor Xinhua.

Sebagai tanda memperingati dan simpati terhadap kemusnahan serta kehilangan nyawa akibat bencana itu, tempoh 31 Mac hingga 6 April diisytiharkan sebagai hari berkabung negara.

Sepanjang tempoh ini, bendera negara akan dikibarkan separuh tiang, katanya.

Menurut Majlis Pentadbiran Negara Myanmar pada Ahad, kira-kira 1,700 orang maut, 3,400 cedera dan 300 lagi masih hilang dalam gempa bumi dahsyat itu. – Bernama-Xinhua

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here