KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berharap seluruh umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam suasana yang meriah, harmoni dan bersatu padu.

Dalam perutusan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, baginda dan Tengku Permaisuri Tengku Permaisuri Norashikin turut mendoakan agar budaya sambutan perayaan seumpama ini akan memperteguh jalinan kesepaduan, yang mana seluruh rakyat Malaysia pelbagai kaum akan terus hidup dengan penuh toleransi dan aman sentosa.

“Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan zatin,” titah baginda berdua. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here