Pihak bomba memadamkan kebakaran di Lorong Bawal Tambak 1, Taman Sri Gadong, Klang, malam tadi. Ihsan Foto : Bomba

KUALA LUMPUR – Tiga rumah teres setingkat musnah dalam satu kebakaran di Lorong Bawal Tambak 1, Taman Sri Gadong, Klang, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.09 malam.

“Sejurus menerima panggilan, seramai 16 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Selatan, Klang Utara, dan Andalas segera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Menurut maklumat awal, kebakaran pada mulanya melibatkan sebuah rumah yang terbakar sebanyak 50 peratus.

“Namun, siasatan lanjut mendapati api turut merebak ke dua rumah bersebelahan, dengan tahap kemusnahan masing-masing sebanyak 20 peratus dan 15 peratus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan, dan kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 11.45 malam.

Punca kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here