Lelaki tidak berbaju baring di tengah di bawah payung di Taman Medan, Petaling Jaya.

KUALA LUMPUR – Seorang warga emas lelaki tidak berbaju baring di tengah di bawah payung di Taman Medan, Petaling Jaya.

Video warga emas kelihatan seperti sedang tidur dimuat naik di Facebook Komuniti Taman Dato Harun & Kg. Medan.

Kelibatnya dipercayai dirakam oleh penduduk sekitar yang baru pulang solat sunat Aidilfitri, pagi tadi.

Lelaki yang merakam video tersebut meminta keluarga atau waris warga emas itu supaya mengambil lwarga emas itu dengan segera kerana bimbang keselamatannya.

“Minta tolong keluarga siapa ini kalau tidak da kenal kami nak ke balai polis atau hospital, kesian panas-panas di pagi raya.

“Siapa kenal bagi tau,” kata perakam video.

Menjengah ke ruangan kapsyen, difahamkan warga emas itu telah dibawa oleh ambulans atau pihak polis.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here