Gambar hiasan

SIBU – Seorang warga emas yang dilaporkan hilang selepas turun memeriksa pukat di Sungai Kanowit, Nanga Julau pada Sabtu lepas ditemukan lemas hari ini.

Penduduk rumah panjang yang menyertai operasi mencari dan menyelamat menemukan mayat Chong Yik Teck, 75, pada 11.20 pagi di tebing sungai kira-kira lima kilometer dari lokasi perahunya yang sebelum ini dijumpai ditambat.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak, operasi hari ketiga bermula pada 8 pagi tadi dengan menggunakan lapan perahu milik penduduk rumah panjang.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang terjatuh dari sebuah bot ekspres di muara Sungai Paloh, Bahagian Mukah, pada Sabtu lepas masih diteruskan.

Awang Indera Awang Mahmud, 45, dilaporkan terjatuh dari bot terbabit kira-kira pukul 1.20 tengah hari. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here