Mangsa yang terlibat dalam kebakaran saluran paip gas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya, Selangor. Foto MUHAIMIN MARWAN, 1 APRIL 2025

KUALA LUMPUR – Beberapa kediaman di Kampung Sungai Baru yang berhampiran dengan lokasi kebakaran saluran gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya, Selangor pagi tadi, turut terbakar.

Smart Selangor Operation Centre (SSOC) dalam kenyataan bagaimanapun memaklumkan, anggaran rumah yang terjejas masih belum dikenal pasti.

“Terdapat juga mangsa yang terperangkap di dalam rumah, usaha menyelamatkan mangsa sedang giat dijalankan,” menurut kenyataan itu hari ini.

SSOC menyatakan mangsa yang telah diselamatkan dibawa ke pusat penempatan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Masjid Putra Height.

Mangsa yang terlibat dalam kebakaran saluran paip gas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya, Selangor. Foto MUHAIMIN MARWAN, 1 APRIL 2025

“Terdapat beberapa mangsa yang melecur dan menunggu ambulans untuk mendapatkan rawatan. Buat masa ini, pihak masjid sedang membantu mangsa.

“SSOC akan terus memantau dan membuat tindakan susulan tentang kejadian yang berlaku. SSOC juga akan menyampaikan maklumat terkini dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

SSOC memberitahu menurut pihak berkuasa, stesen minyak Petronas berdekatan tidak terbakar dalam kejadian itu kerana kebakaran hanya melibatkan saluran gas utama serta saluran itu telah ditutup dan api akan padam sepenuhnya apabila gas di saluran itu habis.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Razali Wan Ismail berkata kebakaran melibatkan kebocoran saluran paip gas sepanjang kira-kira 500 meter.

Beliau berkata berkata sebanyak tujuh mangsa diselamatkan dalam kejadian terbabit dan operasi pemadaman masih dilakukan hingga kini. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here