INFOGRAFIK berkenaan penutupan jalan oleh PLUS Malaysia melibatkan laluan antara Seafield hingga ke Bandar Saujana Putra susulan kejadian kebakaran paip gas yang berlaku di Putra Heights. – Foto: PLUS Malaysia

KUALA LUMPUR – Laluan di antara Seafield hingga ke Bandar Saujana Putra kini ditutup untuk semua kenderaan sebagai langkah keselamatan, susulan kebakaran paip gas yang berlaku di Putra Heights.

Sehubungan itu, PLUS Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, pengguna yang menghala ke selatan akan dilencongkan ke Plaza Tol Seafield dan masuk semula ke lebuhraya ELITE menerusi Plaza Tol Bandar Saujana Putra.

Sementara itu, katanya, pengguna yang menghala ke utara diarahkan keluar di Plaza Tol Bandar Saujana Putra dan masuk semula ke lebuhraya ELITE menerusi Plaza Tol Seafield.

Pada masa sama, menurutnya, semua laluan masuk ke lebuhraya ELITE nenerusi Plaza Tol USJ dan Putra Heights juga ditutup kepada semua kenderaan.

“Pengguna juga dinasihatkan supaya merancang perjalanan dan menggunakan aplikasi navigasi seperti Waze atau Google Map pada ketika ini.

“PLUS mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua pengguna,” katanya di sini hari ini.

Ketika ini, pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang giat menjalankan operasi memadamkan kebakaran paip gas di Putra Heights yang berlaku sejak awal pagi tadi. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here