Pihak pengurusan Masjid Al-Falah, di USJ 9, Subang Jaya membuka masjid itu kepada mangsa yang terkesan dalam kejadian kebakaran paip gas untuk berlindung.

KUALA LUMPUR – Pihak pengurusan Masjid Al-Falah, di USJ 9, Subang Jaya dekat sini, membuka masjid itu kepada mangsa yang terkesan dalam kejadian kebakaran paip gas untuk berlindung.

Dalam satu hantaran di laman sosial Facebook hari ini, pihak pengurusan masjid itu menyeru mana-mana mangsa atau keluarga yang memerlukan tempat untuk berehat atau berlindung sementara boleh ke masjid tersebut.

“Sekiranya anda atau keluarga memerlukan tempat untuk berehat atau berlindung sementara, pintu masjid kami sentiasa terbuka untuk anda.

“Kami bersama anda dalam menghadapi ujian ini. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan melindungi semua yang terlibat.

“Sila hubungi wakil masjid atau datang terus ke masjid jika memerlukan sebarang bantuan,” katanya.

Setakat ini, seramai 112 penduduk serta 49 buah rumah dilaporkan terkesan ekoran kejadian kebakaran paip gas di Putra Heights, awal pagi tadi.

Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor, Mohd Zaini Abu Hassan, daripada jumlah mangsa terlibat, seramai 63 orang telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut, manakala selebihnya diberikan rawatan awal di pusat perubatan sementara yang didirikan berdekatan lokasi kejadian. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here