Ahmad Fadhli Shaari

KUALA LUMPUR – Pas menggesa siasatan mendalam dan menyeluruh dijalankan segera bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian kebakaran paip gas di Putra Heights, Puchong, pagi tadi.

Sambil melahirkan simpati kepada mangsa terlibat, Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, keutamaan mesti diberikan kepada aspek keselamatan awam, lebih-lebih lagi membabitkan kemudahan dan infrastruktur gas negara.

Menurut beliau, pihak berkuasa juga perlu memastikan segala bentuk bantuan dan keperluan asas diberikan kepada semua yang dipindahkan, serta memantau tahap keselamatan kawasan terbabit secara berterusan.

“Semoga semua mangsa diberikan kekuatan dan semoga kejadian ini menjadi pengajaran penting agar tragedi seumpama ini tidak berulang,” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau hari ini.

Setakat ini, seramai 112 mangsa disahkan terkesan dalam kejadian kebakaran besar membabitkan saluran paip gas yang berlaku kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Sementara itu, berdasarkan maklumat yang diterima oleh Kementerian Kesihatan (KKM), tiada lagi kemalangan jiwa yang dilaporkan dalam kejadian kebakaran tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here