Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Jalan Renggam-Layang Layang, Kluang malam tadi. Foto Ihsan bomba Johor.

KLUANG – Seorang peniaga maut manakala 14 lagi cedera dalam kemalangan semasa berkunjung hari raya melibatkan dua kenderaan di Kilometer 25 Jalan Renggam-Layang Layang di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kemalangan yang berlaku pukul 8 malam melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Stream dan kereta Honda City.

Katanya, Honda Stream berkenaan dipandu seorang wanita berusia 35 tahun dan membawa lapan penumpang berumur tiga hingga 21 tahun.

“Honda City pula dipandu Muhammad Amiruddin Kamalruzaman, 29, yang membawa lima penumpang berumur satu hingga 60 tahun.

“Semasa kejadian Honda Stream berkenaan dari arah Renggam menghala ke Layang Layang manakala Honda City dari arah bertentangan.

“Sampai di tempat kejadian, Honda Stream dipercayai telah hilang kawalan dan masuk ke laluan Honda City. Honda City tidak sempat mengelak dan kedua-dua kenderaan bertembung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Akibat kemalangan tersebut, semua pemandu dan penumpang mengalami kecederaan di beberapa bahagian sebelum dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini .

Ujarnya, pemandu kereta Honda City, Muhammad Amiruddin yang mengalami kecederaan parah di muka dan kepala,  bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di wad kecemasan HEBHK.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan dipercayai kenderaan hilang kawalan dan memasuki laluan bertentengan sebagai punca kejadian,” katanya.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Penguasa Bomba Kanan I Abdul Rahim Razali berkata, seorang wanita, pemandu Honda Stream dan pemandu Honda City tersepit akibat kemalangan tersebut.

“Lapan mangsa yang cedera dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba.

“Semua mangsa kemudian diserahkan kepada pihak ambulans untuk dihantar ke hospital,” katanya sambil menambah, seramai 10 anggota dari BBP Renggam dan BBP Layang Layang terlibat dalam operasi menyelamat yang selesai pukul 8.15 malam.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Penguasa Bomba Kanan I Abdul Rahim Razali berkata, seorang wanita, pemandu Honda Stream dan pemandu Honda City tersepit akibat kemalangan tersebut.

“Manakala lapan mangsa yang cedera dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba. Pihak bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas.

“Semua mangsa kemudian diserahkan kepada pihak ambulans untuk dihantar ke hospital. Seramai 10 anggota dari BBP Renggam dan BBP Layang Layang terlibat dalam operasi menyelamat yang selesai pukul 8.15 malam,” ujarnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here