Keadaan kebakaran besar yang turut memusnahkan rumah di sekitar akibat kebocoran saluran paip gas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya, Selangor. Foto MUHAIMIN MARWAN, 1 APRIL 2025

KUALA LUMPUR- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada jetera keselamatan dan kecemasan yang terlibat dalam operasi memadamkan kebakaran di Putra Heights, Puchong, hari ini.

Beliau turut mendoakan keselamatan mereka serta kesejahteraan penduduk yang terjejas akibat insiden itu.

“Penghargaan buat jentera keselamatan dan kecemasan yang telah segera digerakkan, termasuk pasukan bomba, polis, perubatan, serta agensi-agensi berkaitan yang kini sedang berusaha sedaya upaya mengawal keadaan.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/04/01/112-mangsa-49-rumah-terlibat-dalam-kebakaran-saluran-paip-petronas/

https://malaysiagazette.com/2025/04/01/gas-masih-terbakar-penduduk-diminta-jauhi-kawasan-terjejas/

https://malaysiagazette.com/2025/04/01/kami-redah-api-demi-nyawa-penduduk-kongsi-detik-cemas-kebakaran-paip-gas/

“Semoga segala urusan dipermudahkan, segala risiko dapat dikawal, dan bantuan yang diperlukan dapat segera disalurkan kepada semua yang terlibat.

“Kita doakan semuanya berada dalam lindungan Allah SWT, khususnya buat yang terkesan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Untuk rekod kebakaran besar melibatkan saluran paip milik Petronas di Seksyen 13, Ultra Harmony, Putra Heights pagi ini menyebabkan 112 penduduk terjejas manakala 49 rumah mengalami kerosakan.

Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor, Mohd Zaini Abu Hassan, kejadian itu dikesan pada jam 8.10 pagi sebelum laporan polis diterima pada jam 8.20 pagi. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here