Suspek ditahan selepas laporan polis diterima.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita ditahan selepas disyaki mencuri seutas rantai leher emas ketika beraya dii sebuah rumah di Taman Pasadena Batu 2, Tawau, Sabah pada Khamis lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh berkata, kejadian berlaku ketika suspek bersama rakannya datang ke rumah sepasang suami isteri kira-kira pukul 3.45 petang pada hari kejadian.

“Suami hanya menyedari rantai emas milik isterinya hilang dari tempat penyimpanan selepas suspek dan rakannya beredar daripada rumahnya.

“Dia kemudiannya segera membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Suspek kemudiannya ditahan bersama barang rampasan dan telah dibawa balik ke Ibupejabat Polis Daerah Tawau untuk tindakan lanjut.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here