Jose Mourinho.

LONDON – Pengurus Fenerbahce, Jose Mourinho digantung tiga perlawanan dan didenda kira-kira £6,000 (RM35,000) gara-gara insiden mencubit hidung jurulatih Galatasaray, Okan Buruk dalam pertembungan derby Istanbul, baru-baru ini.

Menurut kenyataan Persekutuan Bola Sepak Turki (TFF), dengan penggantungan itu, Mourinho akan terlepas aksi menentang Trabzonspor, Sivasspor dan Kayserispor.

“Mourinho digantung daripada memasuki bilik persalinan dan berada di bangku simpanan selama tiga perlawanan rasmi,” kata TFF dalam satu kenyataan.

Pada Rabu lalu, insiden itu berlaku selepas perlawanan suku akhir Piala Turki yang menyaksikan Fenerbahce tewas 1-2 di laman sendiri dalam suasana tegang.

Drama memuncak apabila tamat perlawanan apabila pergaduhan besar tercetus antara kedua-dua pasukan, dengan tiga pemain dilayangkan kad merah iaitu dua membabitkan pemain Galatasaray.

Selepas wisel penamat, Mourinho yang berusia 62 tahun dilihat mencubit hidung Buruk yang kemudian terjatuh di atas padang.

Awal Mac lalu,penggantungan empat perlawanan terhadap pengendali Fenerbahce,  Mourinho dikurangkan kepada hanya dua selepas TFF meneliti rayuan kelab.

Mourinho didenda dan digantung kerana mengkritik mutu pengadilan di Turkiye selepas perlawanan di Galatasaray, di mana dia mengkritik pegawai perlawanan dalam sidang akhbar selepas seri 0-0.

TFF mendenda pengendali dari Portugal itu sebanyak 1,617,000 lira Turkiye (RM196,726) yang kemudian dikurangkan kepada 558,500 lira Turkiye (RM98,363).

Menurut TFF, kenyataan Mourinho melanggar etika sukan, menggalakkan keganasan dan huru-hara serta mampu mencetus insiden dalam kalangan peminat. – Agensi

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here