Children look on as people walk amid the rubble of a building destroyed in an overnight Israeli strike in Jabalia, in the northern Gaza Strip on March 18, 2025. Photo AFP Foto AFP

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menganjurkan satu perbincangan khas Muzakarah Majlis Hal Ehwal Islam Kebangsaan (MKI) dalam kadar segera.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, ia bagi meneliti fatwa yang dikeluarkan Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Islam Sedunia berkaitan isu pencerobohan Israel ke atas Gaza secara mendalam dan menyeluruh.

Dr Mohd Na’im Mokhtar

Jelas beliau, fatwa itu hadir dalam suasana krisis kemanusiaan amat meruncing yang menyaksikan kezaliman berterusan terhadap rakyat Palestin khususnya di Gaza.

“Saya juga telah meminta agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk mengadakan libat urus bersama para agamawan dan pertubuhan-pertubuhan Islam bagi membincangkan implikasi fatwa tersebut dari pelbagai sudut, demi menjaga kepentingan serta kesejahteraan negara dan umat Islam, khususnya saudara kita di Gaza,” kataya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, tambah beliau, agensi-agensi di bawah portfolionya akan terus komited melaksanakan pelbagai usaha bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan, termasuk melalui Tabung Kemanusiaan Palestin yang telah ditubuhkan, untuk meringankan beban kehidupan rakyat Gaza yang sedang diuji.

“Kita semua memikul tanggungjawab bersama untuk terus menyuarakan sokongan, menzahirkan solidariti dan mendoakan kemenangan buat rakyat Palestin yang sedang dizalimi.

“Semoga segala usaha ini menjadi asbab kepada kebebasan dan keamanan yang hakiki buat bumi Gaza,” katanya.

Berdasarkan beberapa laporan media antarabangsa, antara intipati fatwa Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Islam Sedunia itu ialah kewajipan campur tangan ketenteraan segera negara-negara Arab dan Islam, serta keperluan mengkaji semula perjanjian damai yang dimeterai beberapa negara Arab dengan entiti penjajah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here