RAUB – Seorang remaja terjatuh ketika mengambil gambar ditemukan lemas di Lata Jarum dekat Ulu Dong, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, mangsa dikatakan tergelincir lalu jatuh ke kawasan air terjun berkenaan, petang tadi.

Mangsa, Muhammad Shahrul Imwan Adam Hareez Islami,17, dikatakan tidak mandi-manda ketika berkunjung ke tempat berkenaan bersama dua rakannya.

“Bomba menerima panggilan berkenaan insiden jam 4.10 petang tadi.

“Mangsa berjaya dijumpai oleh pasukan bomba dengan bantuan orang awam pada jam 17.42 dengan menggunakan peralatan khas.

“Mangsa ditemukan lemas pada kedalaman air sekitar 10 kaki dan operasi untuk membawa naik mangsa ke tebing menggunakan stretcher dan peralatan tali menyelamat,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke hospital Raub untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here