Rozita Ibrahim berkongsi foto mengerjakan umrah di Mekah. #malaysiagazette

KUALA LUMPUR – Usahawan selebriti, Rozita Ibrahim mengakui dia sesekali tidak akan menjaja aib tentang empat perkahwinannya lalu yang berakhir dengan penceraian.

Wanita berusia 61 tahun itu berkata, cukuplah orang ramai sekadar mengetahui dirinya sudah berpisah daripada perkahwinan sebelum ini.

Sebaliknya, Rozita berkata, beliau memegang teguh dengan prinsip hidupnya iaitu menyimpan segala kesusahan hidup sendirian tanpa menyusahkan sesiapa termasuk anak-anaknya.

“Saya tidak sanggup nak cerita keburukan bekas suami lama saya, kehidupan saya ini anak saya pun tidak tahu. Memang saya kahwin cerai tapi sampai itu sahaja saya sanggup bercerita.

“Saya punya prinsip adalah saya yang melaluinya, anak saya tidak perlu tahu dan saya tak akan cerita aib. Saya berazam saya nak mati jumpa tuhan tanpa hisab,” katanya menerusi siaran langsung di Instagram miliknya, di sini, hari ini.

Rozita menambah, dia sememangnya tidak berkongsi kesusahan dan dugaan yang dilalui bersama ahli keluarga kerana enggan menambah beban pada mereka.

Menurut ibu kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, hanya pembantu rumahnya menjadi saksi segala kesakitan yang dilalui selama ini.

“Sejak saya hidup senang ini, tidak ada seorang anak saya tahu terperinci susah payah saya. Saya menangis sendiri dengan perangai semuanya, baik masalah perniagaan ke dalaman ke? Saya menangis ke sakit ke hanya pembantu rumah sahaja tahu.

“Jadi kalau korang ingat anak saya tahu semua benda, tak ada ! Sebab kalau saya cerita pada anak, dia orang pun tak boleh selesaikan masalah saya,” kongsinya.

Foto Instagram Rozita Ibrahim.

Rozita memberitahu, dia juga enggan meraih simpati orang ramai dengan menjaja hal peribadi kerana bimbang menjadi asbab tidak ke syurga.

“Syurga neraka saya berjalan di sosial media. Lebih baik saya kalah sokongan dan sanjungan manusia, saya tak mati dek puji tak hina dek keji itu saya punya prinsip,” jelasnya.

Sebelum ini, kecoh di media sosial Rozita didakwa sudah berkahwin selepas sosok seorang lelaki berkumis tebal muncul di belakang wanita itu ketika sedang mempromosikan produk secara langsung di media sosial di dalam bilik hotel.

Anak kepada Rozita yang dikenali sebagai Ain kemudiannya mengesahkan ibunya itu kembali bertemu jodoh namun enggan mendedahkan punca ibunya berpisah dengan suami terdahulu.

Tidak lama selepas itu, Rozita secara terbuka berkongsi foto bersama suami baharunya di Instagram semasa menunaikan ibadah umrah pada Mac lalu. – MalaysiaGazete

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here