KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii menyelar Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari yang disifatkan terus bermain politik murahan dalam musibah kebakaran paip gas di Putra Heights, Puchong.
Menurut beliau, tragedi besar itu melibatkan ribuan mangsa dan ratusan rumah yang terjejas, justeru sangat mencabar dan memerlukan perhatian teliti pihak berwajib untuk menanganinya.
Malangnya, kata beliau, Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas memilih untuk terus bermain politik murahan dengan menabur sindiran dan fitnah ketika rakyat sedang memerlukan empati serta bantuan.
“(Ahmad) Fadhli tidak pernah gagal untuk mengkritik, walau dalam apa jua keadaan.
“Dalam setiap krisis, beliau tampil bukan untuk membantu, tetapi untuk mengkritik tanpa asas.
“Tindakannya bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah menambah luka di saat rakyat sedang merintih.
“Di mana semangat menjaga tanah air? Di mana rasa hormat kepada mangsa?
“Kalau benar berlaku (lagi) bencana besar di negara ini, Na’uzubillah – saya berdoa agar tiada lagi ahli politik seperti ini yang hanya tahu menyalahkan dan mencari populariti atas penderitaan rakyat,” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau hari ini.
Terdahulu, Ahmad Fadhli dilaporkan menyindir Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari dengan menyarankan beliau bercuti selepas melakukan penafian awal mengenai keberadaan ekskavator berhampiran saluran paip gas.
Sementara itu, Mohd Razlan menyeru semua pihak menolak politik sempit yang dibawa oleh pemimpin Pas seperti Ahmad Fadhli.
Ujar beliau, ketika ini bukan masanya untuk mana-mana pihak bermain berpolitik, sebaliknya adalah masa untuk rakyat bersatu, mencari titik persamaan dan menghulurkan bantuan.
“Negara tidak akan ke hadapan jika masih ada ahli politik yang suka ‘menangguk di air keruh’,” katanya.
Dalam masa sama, beliau berharap semua agensi keselamatan, pihak berkuasa tempatan dan Kerajaan Negeri Selangor meneruskan usaha membantu mangsa tanpa menghiraukan suara-suara sumbang yang mempertikaikan usaha mereka.
“Rakyat lebih memerlukan keprihatinan daripada perbalahan.
Cukuplah (Ahmad) Fadhli, belajarlah untuk menjadi matang. Politik yang tidak berjiwa rakyat tidak akan ke mana,” katanya. – MalaysiaGazette
Untuk menjaga imej dan reputasi Petronas dikalangan oil & gas players dimata dunia, ramai yang saran untuk tidak berlengah menyaman pemaju, kontraktor dan civil consultant yang terlibat dalam projek rumah kedai tersebut juga natizen2 dan peguam yang sentiasa memburuk2kan Petronas.
Untuk pengetahuan Petronas mempunyai reputasi yang baik dari segi keselamatan.