Yahaya Othman

KUANTAN – Seorang wanita berusia 47 tahun terjebak dengan sindiket pelaburan palsu sehingga menyebabkan kerugian sehingga RM703,000 di sini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa telah membuat pelaburan secara berperingkat dengan melakukan tujuh kali transaksi ke empat akaun bank berbeza suspek selepas berhubung sejak tahun lalu.

“Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang telah menerima laporan polis dari daerah Kuantan berkenaan mangsa terpedaya dengan pelaburan yang tidak wujud melalui aplikasi WhatsApp.

“Pada awal bulan Julai 2024 mangsa telah memuat turun aplikasi pelaburan dikenali sebagai Quantedge Capital Co. Limited (Qc Secure) dengan pautan yang diberikan oleh suspek,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Selepas itu mangsa telah dimaklumkan mengenai keuntungan yang diperoleh melalui aplikasi tersebut namun tidak dibenarkan membuat pengeluaran.

Bagaimanapun wanita itu mula kemudian menyedari dia telah ditipu setelah diminta menambah modal pelaburan.

Difahamkan sumber modal kewangan mangsa adalah duit simpanan mangsa, duit suami dan pinjaman daripada majikanya.

Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan atas talian yang menjanjikan keuntungan tinggi.

Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun yang diterima di pautan https://semakmule.rmp.gov.my/ terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here