Foto: FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membincangkan mengenai isu-isu serantau penting susulan kunjungan silaturahim Presiden Indonesia Prabowo Subianto.

Menerusi catatan di laman Facebook, Anwar berkata, hal ini termasuk mengenai tarif baharu yang diterapkan Amerika Syarikat terhadap negara-negara ASEAN.

Beliau berkata selain itu, mereka turut menyentuh usaha dan tindakan bersama dalam memberikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat di Myanmar yang terkesan akibat bencana gempa bumi baru-baru ini.

“Dalam suasana lebaran yang penuh keberkatan, saya telah menerima kunjungan silaturahmi daripada sahabat lama yang juga Presiden Indonesia yakni Bapak Prabowo Subianto lewat petang tadi.

“Semoga semangat Aidilfitri terus memperkuat hubungan persaudaraan dan kerjasama antara Malaysia dan Indonesia atas nama keamanan dan kesejahteraan serantau,” kata beliau.

Terdahulu, pesawat khas yang membawa Prabowo serta delegasi, mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 5.52 petang.

Ketibaan Prabowo disambut Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Shahrol Anuwar Sarman, yang kemudiannya melintasi barisan kawalan kehormatan statik oleh 28 pegawai serta anggota daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) diketuai Kapten Nor Saifullah Mahmad @ Mohammed.

Ini merupakan lawatan ketiga Prabowo ke Malaysia sejak memegang jawatan itu pada Oktober 2024.

Pesawat membawa Prabowo dan delegasinya kemudian berlepas pulang ke Indonesia pada 9.58 malam. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here