Gambar : JBPM Pahang

KUANTAN – Seorang lelaki warga Myanmar ditemukan maut dikhuatiri akibat lemas di Pantai Tanjung Selangor, Peramu, Pekan hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 2.27 petang.

“Siasatan awal mendapati, ketika kejadian, mangsa melakukan aktiviti mencari kerang bersama empat rakannya.

“Mangsa kemudian dilaporkan hilang setelah rakan-rakannya menyedari dia tidak lagi kelihatan di lokasi itu,” katanya dalam kenyataan.

Zulfadli berkata, lima anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Peramu dibantu enam anggota BBP Pekan dikejarkan ke lokasi sejurus menerima laporan bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

Tambah beliau, mangsa yang berusia lingkungan 20-an ditemukan kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi dia dilaporkan lemas pada jam 4.15 petang.

Mangsa yang disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here