Roland Victor hadir bagi kes perbicaran mengenai kesan sampingan vaksin Covid-19 di Mahkamah Sepang, Selangor. Foto SYADILA AMARI, 01 JULAI 2024.

KUALA LUMPUR – Pengasas The KL Sky Clinic, Dr. Roland Victor dilepaskan dan dibebaskan Mahkamah Sesyen Sepang, hari ini, atas pertuduhan menghantar video jelik berhubung vaksin Covid-19.

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Sesyen, Hakim Ahmad Fuad Othman selepas mendapati pendakwaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes tersebut.

Kata hakim, beliau tidak nampak video tersebut memberi impak jelik seperti yang didakwa.

Sebelum ini, doktor tersebut didakwa memulakan hantaran video jelik dengan niat menyakitkan hati orang lain menggunakan laman profil Facebook The KL Sky Clinic.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira jam 10.30 malam 7 Februari 2021.

Dr Roland didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya serta berdepan denda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan. – MalaysiaGazette

Vaksin: Prosiding bela diri Dr Roland ditangguh, pendakwa raya kena Covid-19

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here