Kredit : PDRM

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu lori maut selepas dihempap lori 10 tan dalam kejadian di sebuah kawasan pembinaan di Antara Gapi, Hulu Selangor, dekat sini, petang semalam.

Mangsa berusia 36 tahun itu dikatakan baru sahaja selesai mengeluarkan muatan tanah daripada lori berkenaan sebelum dihempap kenderaan berat tersebut yang tiba-tiba condong dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus berkata mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu.

“Selepas mengeluarkan semua muatan tanah, lori itu tiba-tiba condong dan hampir terbalik ke sebelah kanan. Mangsa bertindak turun untuk menyelamatkan diri namun tidak sempat dan dihempap kenderaan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Asri berkata proses bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah akibat kecederaan parah di kepala dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan tersebut supaya tampil membantu siasatan.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here