Noor Azizah

KUALA LUMPUR – Seniwati legenda, Datin Noor Azizah Azizul Hassan, 79, yang popular dalam filem klasik Enam Jahanam menghembuskan nafas terakhir di kediaman keluarganya di Ipoh, Perak pada pukul 3 pagi tadi.

Noor Azizah yang turut membintangi filem Dr. Rushdi dan beraksi dua produksi Indonesia berjudul Jangan Kau Tangisi dan Malim Kundang bersama aktor tersohor, Rano Karno dilaporkan mengalami sesak nafas secara tiba-tiba awal pagi ini.

Beliau yang melangkah ke alam perfileman melalui filem Dayang Senandong pada 1965 menghidap penyakit berkaitan buah pinggang.

Menurut adiknya, Puteh Zabidah sudah menjalani dialisis sejak setahun lalu tetapi keadaan kesihatannya masih terkawal.

Arwah yang tinggal di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur pulang ke Ipoh, Perak semalam untuk berhimpun seisi famili bersempena sambutan Syawal.

Jenazah Noor Azizah yang memiliki dua cahaya mata akan dikebumikan selepas zuhur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sg Paloh, Ipoh, Perak.

Bakat Noor Azizah juga menarik minat syarikat penerbitan siri televisyen Australia yang menawarkannya membawakan watak Dr. Susan Lim dalam Bailey’s Birds (1977).- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here