KUALA LUMPUR – Gempa bumi sederhana dilaporkan berlaku di bahagian utara Sumatera, Indonesia pukul 3.49 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, gempa bumi itu direkodkan pada ukuran 5.6 magnitud.
Katanya, ia berpusat pada koordinat 2.0° Utara dan 96.7° Timur, iaitu sekitar 125 kilometer ke tenggara Simeulue, Indonesia.
“Kedalaman gempa dianggarkan sekitar 32 kilometer di bawah permukaan bumi.
“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan kepada Malaysia lanjutan daripada kejadian itu,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa merujuk maklumat sahih daripada MetMalaysia melalui saluran rasmi seperti laman sesawang mygempa.met.gov.my, media sosial rasmi MetMalaysia serta aplikasi mudah alih MyCuaca. – MalaysiaGazette