KUALA LUMPUR- Jabatan Imigresen menyerbu sekumpulan warga asing yang menjaja pelbagai barangan termasuk sayur di kaki lima sekitar lorong berhampiran Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang, hari ini.
Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, hasilnya enam pendatang asing tanpa izin (PATI) yang terdiri daripada lima lelaki Bangladesh dan seorang Myanmar berjaya ditahan.
Menurut beliau, keenam-enam lelaki berusia 21 hingga 50 tahun itu ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan antaranya tinggal lebih masa dan tiada dokumen pengenalan diri atau pasport.
Tambah Wan Mohamed Saupee, dalam operasi yang dijalankan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kira-kira jam 11 pagi itu, seramai 50 individu turut diperiksa.