Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan terus memantau secara rapi dan bekerjasama dengan semua pihak terlibat bagi memastikan kualiti perkhidmatan komunikasi di sekitar Putra Heights dan Pusat Penempatan Sementara (PPS) dalam keadaan baik.

Katanya, insiden pada 1 April lalu menjejaskan sembilan struktur telekomunikasi di sekitar kejadian.

Ia melibatkan satu struktur milik CelcomDigi, dua milik Maxis dan enam milik U Mobile yang mana kesemuanya mengalami gangguan bekalan elektrik.

Gambar 4: Struktur sementara yang dipasang di luar PPS Masjid Putra Heights bagi meningkatkan kualiti liputan.

Bagaimanapun katanya, hasil tindakan pemulihan segera oleh syarikat penyedia perkhidmatan (Telco), semua perkhidmatan berjaya dipulihkan sepenuhnya pada hari yang sama.

“Bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan Internet kepada para petugas dan mangsa yang berlindung di PPS Masjid Putra Heights, pihak Telco telah mengambil langkah segera dengan mengoptimumkan struktur sedia ada untuk memenuhi peningkatan keperluan perkhidmatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, sebuah unit Mobile Cellular Vehicle (MCV) turut digerakkan ke lokasi bagi meningkatkan lagi kualiti liputan di kawasan berkenaan.

Pada masa yang sama, Telekom Malaysia (TM) telah menyediakan kemudahan WiFi percuma di dua lokasi PPS sebagai langkah tambahan.

“Sebagai sokongan kepada mangsa yang terkesan, pihak Telco kini sedang giat berhubung dengan pelanggan mereka bagi menawarkan bantuan seperti penggantian kad SIM dan peranti yang rosak, penyelarasan bil serta membuka kaunter perkhidmatan khas di lokasi PPS untuk memudahkan urusan mereka,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here