Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama bagi perairan Phuket dan Selat Melaka Utara berkuat kuasa 11 hingga 12 April.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan angin kencang barat laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter, dijangka berlaku di kedua-dua kawasan perairan itu dalam tempoh berkenaan dan keadaan ini berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

“Angin barat laut juga dijangka bertiup kencang dan menumpu di utara Semenanjung bermula 10 hingga 13 April ini dan keadaan itu berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dalam tempoh yang lebih panjang di kawasan tersebut,” katanya.

Pada masa sama, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web rasmi MetMalaysia diĀ www.met.gov.my, media sosial rasmi jabatan itu serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih. -BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here