Beginilah keadaan lori yang terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Lembah Beringin, Tanjung Malim tengahari tadi.

KUALA LUMPUR – Seorang warga Bangladesh maut manakala, empat lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Lembah Beringin, Tanjung Malim tengahari tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1 tengahari itu membabitkan tiga buah kenderaan.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pukul 1.27 petang.

“Tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa, Kuala Kubu Bharu dan Tanjung Malim bersama 21 pegawai serta anggota digegaskan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian, pasukan bomba mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori treler, lori tiga tan, dan sebuah kereta.

“Seorang lelaki berusia 30 tahun, dipercayai pemandu lori treler, disahkan maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah,” katanya dalam kenyataan.

Tambah jurucakap itu, tiga mangsa yang terlibat dalam dua kenderaan lain dilaporkan cedera.

Kemalangan tersebut menyebabkan kesesakan teruk di kedua-dua arah Lebuh Raya Utara-Selatan.

Bagaimanapun katanya, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here