Sultan Pahang itu berkenan berangkat menyantuni keluarga mangsa kemalangan maut di Kampung Seri Chempaka di Kuantan, pada semalam.

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menyantuni keluarga mangsa kemalangan maut di Kampung Seri Chempaka di sini semalam.

Pada 4 April lalu, Muhammad Hazeem Hazimi Mohd Shamsuddin, 19, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini akibat kecederaan parah di kepala.

Dalam insiden berkenaan motosikal yang ditunggang mangsa terbabas selepas terlanggar lubang di Jalan Kuantan-Cherok Paloh dalam kejadian pukul 5.17 petang.

Akibat kemalangan itu, mangsa menerima  rawatan lanjut di HTAA namun disahkan meninggal dunia pukul 7.50 malam pada hari yang sama.

Justeru Sultan Pahang bertitah mengingatkan rakyat agar sentiasa menekankan aspek keselamatan terutamanya ketika berada di jalan raya.

Baginda bertitah, aspek keselamatan dan sikap berhati-hati mampu membantu pengguna berusaha mengelak daripada sebarang kejadian yang tidak diingini.

“Harapan sama turut dizahirkan terhadap setiap penunggang motosikal agar sentiasa memakai topi keledar ketika berada di atas jalan raya selain memiliki lesen kenderaan yang sah,” titahnya menerusi kenyataan di Facebook Kesultanan Pahang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here