KUALA LUMPUR – Rasa terhutang budi dengan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) membantu mangsa gempa bumi di Myanmar – sekumpulan warga negara itu yang berada di Malaysia meraikan kepulangan pasukan itu di Subang dekat sini semalam.

Berdasarkan video tular, ada antara rakyat Myanmar itu menghadiahkan jambangan bunga dan ada mencium kepala anggota SMART.

Pasukan SMART Malaysia telah menamatkan operasinya dan pulang ke tanah air semalam.

Sebelum ini, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, selain tempoh operasi mencari dan menyelamat (SAR) oleh SMART telah tamat, ia perlu dihentikan kerana mereka tidak lagi menjumpai mangsa hidup yang terperangkap di bawah runtuhan bencana alam itu.

SMART sebelum ini telah dihantar ke Sagaing iaitu kawasan paling teruk terjejas kerana pasukan itu mempunyai kelengkapan mencari dan menyelamat yang mencukupi.

Malaysia menghantar dua pesawat A400M milik TUDM yang membawa 50 anggota dan pegawai SMART serta pasukan di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) ke Myanmar bagi operasi SAR pada 30 Mac lepas.

Operasi SAR oleh SMART berjaya mengeluarkan tujuh mangsa termasuk seorang yang masih hidup di bawah runtuhan gempa bumi di Daerah Sagaing, Myanmar sejak Isnin lepas.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here