WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) menerima hampir AS$2 bilion sehari daripada tarif, kata Presiden Donald Trump.
“Kami menerima hampir AS$2 bilion sehari dalam tarif… dan kami melakukan dengan sangat baik dalam pelaksanaannya, saya memanggilnya tawaran yang disesuaikan.
“Sekarang ini, Jepun terbang ke sini untuk membuat perjanjian, Korea Selatan terbang ke sini untuk membuat perjanjian, dan yang lain terbang ke sini,” kata Trump di White House.
Jurucakap White House, Karoline Leavitt memberitahu pemberita sebelum ini bahawa hampir 70 negara telah menghubungi Trump untuk memulakan rundingan mengenai tarif selepas pengumumannya minggu lalu.
Trump telah mengenakan tarif minimum 10% ke atas semua import dan tarif timbal balik yang lebih tinggi ke atas rakan dagang terbesar AS, termasuk China dan EU.
Leavitt berkata, Trump bertemu pasukan perdagangannya awal Selasa.
“Beliau mengarahkan mereka untuk membuat perjanjian perdagangan yang disesuaikan dengan setiap negara dan setiap satu negara yang meminta pentadbiran ini untuk melaksanakan perjanjian,” tambahnya.
Ditanya sama ada Trump sedang mempertimbangkan untuk menangguhkan mengenakan beberapa tarif, Leavitt berkata, presiden telah menyatakan beliau tidak mempertimbangkan lanjutan atau penangguhan, dan menjangkakan tarif akan berkuat kuasa. – Agensi