Logo Polis Diraja Malaysia

KUANTAN – Gara-gara terjerat dengan individu yang menyamar pekerja J&T dan pihak ‘polis’ seorang guru kerugian sebanyak RM270,120.50.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Otman berkata, mangsa telah membuat pembayaran sebanyak 18 kali transaksi ke dalam 16 akaun bank berbeza kepada suspek sejak 29 Julai 2024 hingga 9 Mac 2025.

Menurutnya, penipuan itu berlaku pada bulan Julai 2024 apabila mangsa seorang wanita, 31 tahun menerima panggilan daripada pihak J&T mendakwa terdapat bungkusan mengandungi tiga keping kad pengenalan dan tujuh kad ATM yang dihantar atas nama mangsa.

“Mangsa telah menafikan perkara berkenaan dan panggilan tersebut telah disambungkan ke pihak polis dan kemudian diarahkan untuk memohon pinjaman peribadi dari beberapa buah bank untuk membantu siasatan.

“Guru wanita berkenaan diarahkan untuk menyerahkan semua wang pinjaman ke pihak Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA)  dan mangsa diarahkan untuk melapor diri setiap hari sepanjang siasatan dijalankan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pada 7 April lalu, mangsa telah menghubungi pihak polis untuk membuat pengesahan dan mangsa dimaklumkan telah ditipu dan dinasihatkan untuk membuat laporan polis.

Kerugian mangsa membabitkan wang simpanan, pinjaman peribadi dan wang pinjaman ahli keluarga.

Polis menasihatkan orang ramai yang menerima panggilan yang meragukan untuk segera membuat semakan dengan pihaknya  atau agensi kerajaan berkenaan bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan.

Masyarakat juga diingatkan sentiasa peka terhadap trend penipuan atas talian terkini kerana modus operandi penjenayah sentiasa berubah dan semakin canggih, seiring dengan perkembangan teknologi. – MalaysiaGaztte

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here