Wednesday, April 9, 2025
Home Sukan Kalau gol, nak sorak yang mana? – Anwar

Kalau gol, nak sorak yang mana? – Anwar

Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Kunjungan kelab bola sepak Manchester United ke Malaysia buat kali pertama dalam tempoh 16 tahun menggamit perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang merupakan peminat kelab juara 13 kali Liga Perdana Inggeris itu turut berkongsi hantaran rasmi kelab berkenaan menerusi laman Instagram miliknya mengenai perlawanan menentang pasukan ASEAN All-Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini pada 28 Mei ini.

“Semua negara ASEAN turun sebagai pasukan menentang Man United #ASEAN2025 #GGMU,” tulisnya sambil diiringi lagu Manchester United berjudul Glory Glory Man United.

Anwar  juga menyatakan sokongan terhadap kedua-dua pasukan sambil berseloroh dengan gurauan yang mencuit hati.

“Saya sokong ASEAN, tapi saja juga penyokong Man United. Kalau gol, nak sorak yang mana?” soalnya.

Kali terakhir United beraksi di Malaysia adalah pada siri jelajah pramusim 2009, menewaskan Malaysia XI dua kali, 3-2 dan 2-0, masing-masing pada 18 dan 20 Julai di Stadium Nasional.

Selain perlawanan di Malaysia, juara Eropah tiga kali dalam kenyataan hari ini memaklumkan jelajah pascamusim mereka turut melibatkan perlawanan menentang Hong Kong di Stadium Hong Kong pada 30 Mei.

Ini merupakan kepulangan Manchester United ke Asia selepas kemenangan 4-0 menentang Liverpool di Bangkok pada Julai 2022 manakala kali terakhir mereka menjejak kaki ke Hong Kong adalah pada 2013.

Selepas jelajah di Asia, Manchester United akan menentang Leeds United di Stockholm pada 19 Julai sebelum berlepas ke Amerika Syarikat untuk Siri Musim Panas Liga Perdana menentang West Ham United pada 26 Julai ini, diikuti Bournemouth (30 Julai) dan Everton pada 3 Ogos depan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here