Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit yang tergendala selepas kabel kereta api dipotong oleh individu tidak bertanggungjawab sudah mula beroperasi seperti biasa pada jam 4 petang tadi.

Kemas kini perkhidmatan kereta api itu telah disiarkan pada semua platform media sosial miliknya (X: @KLIAekspres, Facebook: KLIA Ekspres, IG:
@kliaekspres).

Susulan insiden tersebut, Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) meningkatkan langkah keselamatan dengan ketara di seluruh kawasan yang terjejas untuk meminimumkan kejadian serupa yang berlaku.

Ini termasuk menempatkan kakitangan tambahan ke kawasan hotspot, meningkatkan kekerapan rondaan, dan memperhebatkan pengawasan di sekitar infrastruktur kritikal.

ERL juga bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk menyiasat kejadian baru-baru ini dan melaksanakan langkah-langkah pencegahan.

“ERL komited terhadap keselamatan dan kesejahteraan penumpang kami dan amat menyesalinya ketidakselesaan yang disebabkan oleh keadaan yang tidak dijangka ini.

“Langkah-langkah segera ini sedang dilaksanakan untuk menyokong penumpang kami dalam tempoh ini dan mengukuhkan komitmen kami dalam menyediakan pengalaman pengangkutan yang selamat dan boleh dipercayai,” katanya dalam kenyataan di sini. – MalaysiaGazette

Perkhidmatan ERL alami gangguan dua hari berturut-turut akibat kabel dipotong

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here