Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed.

KUALA LUMPUR – Majikan daripada sektor penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan, penyelenggaraan kenderaan serta salun kecantikan dikesan paling ‘liat’ untuk mendaftar dan membuat caruman keatas pekerja masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, pihaknya kesal dengan sikap majikan terbabit yang seolah-olah tidak peka dengan kebajikan perkerja mereka.

Katanya, alasan sama seperti tidak mengetahui, mahu menjimatkan kos operasi serta kurang arif dengan perkara tersebut sering diberi setiap kali Ops Kesan dilaksanakan dan ia menunjukkan sikap mementingkan diri sendiri dan mahu mengaut keuntungan lebih pada diri majikan terbabit.

“Baru-baru ini, ada satu aduan yang dipanjangkan kepada saya iaitu ada majikan yang terpelajar, dia faham akan kepentingan menjaga kebajikan pekerja tetapi disebabkan tamaknya untuk dapatkan keuntungan lebih, caruman yang sedikit ini pun hendak dijimatkan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohammed Azman berkata, sempena dengan Bulan Pemutihan Keselamatan Sosial (PERKESO) bermula sejak 1 April hingga 30 April ini, majikan diberi peluang untuk mendaftar dan mencarum pekerja mereka bagi mengelak dikenakan tindakan pendakwaaan.

Beliau menjelaskan, majikan yang tampil mendaftar pekerja secara sukarela sepanjang bulan pemutihan  akan dikecualikan daripada dikenakan kompaun, pendakwaan dan Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB).

Katanya, majikan perlu memanfaatkan bulan pemutihan itu bagi mengelak sebarang tindakan perundangan dikenakan terhadap mereka.

Tegas beliau, sekiranya majikan gagal melaksanakan perkara berkenaan, mereka bakal berdepan tindakan pendakwaan dan kompaun maksimum sehingga mencecah RM10,000.

Ditanya sama ada terdapat cadangan untuk menaikkan jumlah kompaun terhadap majikan yang gagal berbuat, Mohammed Azman berkata, ia boleh dilakukan namun tidak sampai  membebankan mereka.

“Kalau kita lihat kepada majikan yang degil ini sepatutnya perlu dipertingkatkan jumlah kompaun ini tetapi melihat kepada majikan kita tidak mahu membebankan mereka.

“Kita tak mahu sampai mereka nak bayar PERKESO, perniagaan mereka nanti tutup. Kita nak seimbangkanlah kalau boleh,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here