Antara rumah-rumah di sekitar Kg Tengah yang terbakar teruk kerana bahang kebakaran insiden kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height di Puchong Heights, Selangor. Foto HARI ANGGARA, 1 APRIL 2025. (Gambar fail).

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) diarahkan mendapatkan maklumat penuh mengenai syarikat-syarikat dan pekerja yang terjejas dengan letupan paip gas di Putra Heights minggu lalu.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, arahan itu diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyelesaikan masalah yang timbul dan memperbaiki saluran tersebut secara segera.

“Pihak Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) juga akan berurusan terus dengan syarikat syarikat dan kita akan teliti dan disusuli dengan beberapa tindakan.

“Bagi pihak kerajaan, sudah pasti usaha untuk memperbaiki saluran tersebut dan mengembalikan bekalan gas bagi syarikat syarikat ini menjadi satu keutamaan.

“Kita juga memahami proses siasatan masih berjalan dan tertakluk kepada beberapa aspek dalam proses siasatan tersebut,” katanya katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Kabinet di Kementerian Komunikasi hari ini.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, Kementerian Komunikasi turut mengalu-alukan sumbangan daripada syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi menawarkan bantuan dan sokongan pemilihan kepada mangsa-mangsa insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights.

Antara bantuan dan sokongan pemulihan yang diberikan adalah pengecualian bayaran perkhidmatan (prabayar dan pascabayar) bagi tempoh tertentu, penggantian peralatan dan penukaran kad sim secara percuma kepada pelanggan yang terjejas serta perkhidmatan wi-fi 5G secara percuma di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Putra Heights.

“Penawaran bantuan sokongan dan pemulihan telekomunikasi kepada pelanggan yang terjejas adalah mengikut keperluan dari semasa ke semasa dan berbeza mengikut syarikat telco (tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan).

“Sumbangan ini membuktikan keprihatinan syarikat telco terhadap kesejahteraan pelanggan yang terkesan, selari dengan nilai ihsan dalam Kerajaan Madani yang menitikberatkan soal kebajikan rakyat,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai bantuan boleh diperolehi bantuan tersebut dengan mengunjungi kaunter bergerak syarikat telco yang dibuka di PPS, atau menghubungi talian utama (hotline) syarikat telco yang berkaitan, atau hadir ke mana-mana cawangan telco yang berdekatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast