KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang wanita berusia 24 tahun berhubung pertengkaran pasangan kekasih dan seorang wanita lain sebelum kenderaan yang dinaiki mereka dikejar abang pengadu sehingga berlaku kemalangan.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, susulan laporan polis yang dibuat semalam, pihaknya sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Pengadu terjumpa teman lelakinya bersama seorang wanita dikenali di sebuah pasar raya di Puchong. Pertemuan itu mengakibatkan berlaku pertengkaran sebelum wanita terbabit memukul pengadu sehingga cedera di muka.

“Selepas itu berlaku pergelutan antara pengadu bersama teman lelakinya ketika cuba mendapatkan telefon bimbit wanita berkenaan daripada pengadu.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here