Syed Ibrahim Syed Noh

JOHOR BAHRU – Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Syed Ibrahim Syed Noh menang tanpa bertanding jawatan Ketua PKR Cabang Ledang pada pemilihan parti bagi penggal 2025-2028.

Turut menang tanpa bertanding bagi pertandingan ketua Clcabang ialah Md Ysahruddin Kusni (Cabang Bakri), Faizul Abd Ghani (Cabang Pengerang) dan Ibrahim Md. Nor (Cabang Kota Tinggi).

Keputusan berkenaan disahkan oleh Naib Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse ketika ditemui pemberita hari ini.

Wee Tse berkata, daripada 26 jawatan ketua cabang PKR di negeri ini hanya empat sahaja tidak dipertandingkan pada pemilihan parti pada 20 April ini setelah tidak dicabar.

Katanya, 22 jawatan ketua cabang yang lain akan dipertandingkan dengan majoritinya menyaksikan pertembungan satu lawan satu.

Setakat ini, hanya empat cabang yang penyandangnya menang tanpa bertanding melibatkan Cabang Keadilan Ledang (Syed Ibrahim), Bakri (Md Ysahruddin), Pengerang (Faizul) dan Kota Tinggi (Ibrahim).

“Sebanyak 22 cabang yang lain akan dipertandingkan pada pemilihan kali ini dengan kehadiran beberapa muka baharu yang bertanding buat pertama kali,” katanya ketika ditemui selepas melawat tapak pencawang elektrik di Bandar Tiram hari ini.

Bahang pemilihan Ketua Cabang PKR di negeri ini semakin terasa dengan adanya pertembungan sengit di beberapa kawasan.

Wee Tse yang telah memimpin PKR Cabang Pulai bagi tempoh dua penggal sebelum ini memilih untuk berentap dengan Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran yang berhajat mempertahankan jawatan itu.

Sementara itu, bagi jawatan Ketua PKR Cabang Johor Bahru yang disandang Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir akan dicabar Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Johor, Taufiq Ismail.

Sementara itu, Naib Ketua AMK Johor, Muhammad Faezuddin Mohd Puad akan bertanding bagi Ketua PKR Cabang Pulai yang dahulunya disandang Wee Tse.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here