Kota Tinggi Srikandi Bersatu molest sexual harassment ADUN state Assemblyman
Penagih dadah yang terlelap tidur ketika pecah masuk kedai makan untuk mencuri berjaya dibelasah dan dicekup awam.- Gambar Hiasan.

JOHOR BAHRU – Tiga suspek termasuk dalang sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar yang melibatkan 25 mangsa warga Malaysia akan dituduh di Mahkamah Sesyen Johor Bahru dan Batu Pahat esok.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, empat kertas siasatan dibuka dan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara serta mendapat arahan untuk membuat pertuduhan di mahkamah terbabit.

“Suspek pertama akan dituduh bagi empat pertuduhan di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

“Suspek kedua akan menghadapi satu pertuduhan di bawah Seksyen 12 Akta ATIPSOM 2007 dan satu pertuduhan di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 dan suspek ketiga akan dituduh bagi dua pertuduhan di bawah Seksyen 12 Akta ATIPSOM 2007,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, bagi kes di Batu Pahat, dua suspek telah didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat pada 3 April lalu dan kini direman di Penjara Muar sehingga perbicaraan.

Menurut Kumar, pertuduhan tersebut susulan penahanan seorang daripada suspek terbabit iaitu lelaki tempatan berusia 19 tahun di daerah ini pada 13 Mac lalu kerana bertindak sebagai ejen sindiket ‘job scam’.

Beliau berkata, polis kemudian menahan dua lagi suspek iaitu lelaki tempatan berusia 18 dan 25 tahun di Johor Bahru dan Batu Pahat.

Mereka dipercayai menjadi dalang dengan memperdaya mangsa untuk menyertai sindiket, katanya.

“Tiga unit telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk komunikasi kegiatan sindiket turut dirampas,” katanya.

Menurut beliau, hasil siasatan mendapati sindiket ini aktif di Myanmar dengan modus operandi menipu individu melalui tawaran pekerjaan di Thailand dengan gaji lumayan antara RM8,000 hingga RM15,000.

Namun katanya, sebaik tiba di Thailand, mangsa dibawa ke lokasi terpencil di Myanmar dan dipaksa mencari mangsa lain bagi membuka akaun keldai.

“Semua barang peribadi mereka dirampas dan pergerakan dikawal ketat oleh ahli sindiket,” jelasnya.

Kumar berkata, terdahulu, Kementerian Luar Negeri (KLN) melalui Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok, Thailand, berjaya menyelamatkan dan membawa pulang 25 mangsa pemerdagangan orang oleh sindiket ‘job scam’ di Myanmar pada 12 Mac lalu.

Katanya, hasil dokumentasi Bahagian Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (D3), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, lima mangsa termasuk seorang wanita dikenal pasti sebagai rakyat dari negeri ini yang berusia antara 19 hingga 34 tahun.

“Mereka diselamatkan di bawah Seksyen 44 Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670), sebelum kita melancarkan siasatan lanjut dan menahan suspek,” katanya.

Kumar menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 12 ATIPSOM 2007 (Akta 670) serta Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here