Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyatuni dan memberi meninjau lokasi kebakaran saluran paip gas di PUtra Heights, hari ini Foto KPKT

KUALA LUMPUR – Pelan tindakan untuk membaik pulih dan membina semula rumah-rumah mangsa insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights diserah kepada Perdana Menteri, hari ini.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkata, pelan tindakan tersebut disediakan oleh pasukan petugas khas yang ditubuhkan minggu lepas terdiri daripada semua agensi di bawah kementerian itu khususnya Syarikat Perumahan Nasional Bhd. (SPNB) dan PR1MA.

“Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini memberikan perhatian serius terhadap insiden kebakaran yang berlaku di Putra Heights, Selangor pada 1 April 2025.

“Pelbagai bentuk bantuan telah disalurkan kepada mangsa-mangsa kejadian ini daripada Kerajaan MADANI dan Kerajaan Negeri Selangor. Bantuan tersebut merangkumi bantuan wang tunai, bantuan sewa rumah transit, penyewaan kereta secara percuma, dan sebagainya.

“Dalam pada itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memberi fokus utama kepada inisiatif pemulihan dan pembinaan semula rumah-rumah yang terjejas akibat kebakaran tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan sama, KPKT turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM2 juta kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) bagi membaiki infrastruktur awam di kawasan bencana.

Pada masa yang sama ujarnya, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dan SW Corp akan memberi bantuan penuh kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk kerja-kerja pembersihan di kawasan bencana tersebut sempena gotong royong pembersihan hujung minggu ini. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here