Abdul Rasheed Ghaffour (kiri) dan Dr. Sethaput Suthiwartnarueput menandatangani Memorandum Persefahaman mengenai kerjasama keselamatan siber dan perlindungan penipuan digital.

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank of Thailand (BOT) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk memperkukuh usaha kerjasama dalam keselamatan siber dan perlindungan daripada penipuan digital.

Inisiatif ini juga menggalakkan hubungan kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua bank pusat yang membolehkan perkongsian maklumat, bina upaya dan pertukaran amalan terbaik yang lebih berkesan.

MoU ini ditandatangani oleh Gabenor BNM, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour dan Gabenor BOT, Dr. Sethaput Suthiwartnarueput.

BNM dalam kenyataannya berkata, MoU ini menegaskan komitmen BNM dan BOT untuk meningkatkan kesiapsiagaan keselamatan siber dan memperkukuh pertahanan siber industri kewangan kedua-dua negara.

Abdul Rasheed Ghaffour berkata, BNM komited untuk meningkatkan daya tahan institusi kewangan negara dan memantapkan perlindungan pengguna kewangan terhadap ancaman siber semasa dan yang baru muncul.

Usaha sama dengan BOT ini akan memperdalam kerjasama berhubung dengan keselamatan siber dan pembanterasan penipuan digital.

Sethaput Suthiwartnarueput pula berkata, MoU ini mencerminkan komitmen BOT untuk bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia bagi memperkukuh keselamatan siber dan memerangi penipuan digital.

Kerjasama erat dan perkongsian pengetahuan adalah sangat penting untuk menangani ancaman siber yang semakin canggih dan meningkatkan lagi daya tahan dan keselamatan sistem kewangan demi manfaat pengguna di kedua-dua negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here