Penunggang motosikal meredah hujan lebat ketika tinjauan Lensa MalaysiaGazette di Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 09 APRIL 2025.

IPOH – Cuaca pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Sabtu ini diramalkan hujan pada sebelah pagi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kemas kini ramalan cuaca khas di laman rasmi Facebooknya turut memaklumkan ribut petir diramal berlaku pada sebelah petang.

“Rancang perjalanan anda dengan sebaiknya.

“Teruskan mengikuti media sosial rasmi dan laman web kami di www.met.gov.my untuk informasi cuaca terkini yang pantas dan tepat,” menurut kemas kini itu.

Orang ramai yang mahu mengetahui maklumat cuaca boleh memuat turun aplikasi myCuaca di Google Play dan App Store.

Mereka juga boleh mendapatkan maklumat serta informasi cuaca yang pantas dan sahih menerusi saluran Telegram https://t.me/metmalaysia.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April, dengan hari penamaan calon pada 12 April dan hari pengundian awal pada 22 April.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kekosongan luar jangka kerusi berkenaan selepas kematian penyandangnya Ishsham Shahrudin pada Februari lepas. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here