Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar.

KUALA LUMPUR – Sebuah kilang alat ganti kenderaan dijilat api hampir 40 peratus dalam kejadian di Jalan P4/8 Bandar Teknologi Kajang, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pukul 6.05 pagi.

Katanya, seramai 17 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dibantu BBP Bangi tiba di lokasi, lapan minit kemudian.

“Sebaik tiba, bomba dapati sebuah kilang alat ganti kereta bangunan kelas A terbakar 40 peratus.

“Kebakaran berjaya dikawal dan kerja-kerja pemadaman sedang dilakukan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata, punca kebakaran masih dalam siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast