KUALA LUMPUR – PMB Investment Berhad (PMB Investment) mengumumkan agihan pendapatan bagi PMB Shariah Dividend Fund dan PMB Shariah Index Fund untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025.
PMB Shariah Dividend Fund mengisytiharkan agihan pendapatan sebanyak 1.90 sen seunit, berjumlah keseluruhan RM1,262,314.52.
Nilai Aset Bersih seunit sebelum agihan adalah RM0.2572, diselaraskan kepada RM0.2382 selepas agihan.
Agihan ini mewakili hasil sebanyak 8.12% berdasarkan penutup seunit pada 31 Mac 2025, dengan dana tersebut mencatatkan pulangan sebanyak 9.87% (termasuk hasil 8.12%) untuk tempoh sama.
Sementara itu, PMB Shariah Index Fund mengisytiharkan agihan pendapatan sebanyak 3.26 sen seunit, berjumlah keseluruhan RM1,151,251.68. NAV seunit sebelum agihan adalah RM0.5442, diselaraskan kepada RM0.5116 selepas agihan.
Agihan ini mewakili hasil sebanyak 6.01% untuk tempoh sama.
Kedua-dua agihan telah dikreditkan pada 31 Mac 2025, manakala tarikh pelaburan semula ditetapkan pada 2 April 2025. – MalaysiaGazette